PUSAT SUMBER SEKOLAH

E-PENDIDIKAN

PAUTAN PILIHAN

;

MODUL PSS

MAKLUMAT TERKINI

;

Rabu, 19 Mei 2010

Sambutan Tahun Baru Cina

0 ulasan

antri-angpau2

Pemberian Angpau tradisi utama masyarakat Cina


Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Malam Tahun Baru Cina

thn_br_cina_2

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

seni-tari-dan-atraksi-barongsai

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun baru Cina

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei

3286516396_ce90b215f7

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Warna Merah Dalam Kehidupan Masyarakat Cina

0 ulasan


kad-cina1

Warna merah menjadi kebanggaan masyarakat Cina


Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.


Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Warna Tuah



Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.


Sambutan Tahun Baru Cina

edit-rumah-cina

Merah lambang kemegahan

Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.

Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.

Angpau

angpau1

Perayaan diceriakan dengan angpau merah


Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.


Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.


Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.


Perkahwinan

editkahwin-cina

Warna merah dalam adat perkahwianan Cina mewujudkan rasa kemeriahan

Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus atau dibalut dengan kertas berwarna merah. Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung pheonix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin merah ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau hantu dan roh-roh jahat. Warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih dan merah sebagai lambang keceriaan.

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

0 ulasan


Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA

0 ulasan


Dalam pembantukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan.

Gerakan Nasionalisme Menggunakan Perundingan.

Disebabkan keadaan telah kembali terkawal walaupun belum aman sepenuhnya, gerakan penentangan secara bersenjata atau kekerasan tidak dilakukan lagi. Keadaan ini telah diganti dengan cara perundingan. Perundingan di sini lebih ditumpukan kepada proses kemerdekaan negara bangsa. Apabila disebut perkataan perundingan, pastinya semua orang tahu bahawa perundingan membawa maksud perbincangan, pemberi pendapat dan menerima maklumat dengan cara aman.
Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.
Kaedah politik juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak kemerdekaan. Politik juga dikaitkan dengan perundingan, ini adalah titik permulaan berlakunya perundingan dalam mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1955, Tanah Melayu telah mengadakan Pilihan raya Persekutuan yang pertama dengan kemenangan berpihak kepada parti Perikatan. Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.

BUNGA KEBANGSAAN

0 ulasan
BUNGA RAYA
Bunga Raya (Hibiscus rosasinensis) merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga Raya adalah bunga kebangsaan
Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga Raya adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali denga nama bunga sepatu. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian
India.

Selasa, 18 Mei 2010

MAKNA BENDERA DAN JATA

0 ulasan

Bendera Malaysia

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Kerajaan Malaysia


Jata Negara Malaysia


    Lambang Malaysia, atau Jata Negara mengandungi sebuah perisai yang dipegang oleh dua ekor harimau yang merupakan lambing kepada melayu tradisional serta kekuatan dan keberanian. Di atasnya memaparkan simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Warna kuning pada simbol bulan sabit dan bintang itu merupakan warna diraja dan melambangkan pemerintahan beraja di Malaysia. Simbol bulan sabit adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia manakala simbol bintang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.
    Lima bilah keris yang terletak di bahagian atas merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di bawah keris tersebut terdapat empat jalur yang sama besarnya berwarna warna hitam, putih, merah dan kuning yang melambangkan empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor; hitam dan putih warna bagi negeri Pahang; hitam, putih dan kuning warna bagi negeri Perak; serta warna merah, hitam dan kuning bagi Negeri Sembilan. Bahagian sebelah kiri perisai iaitu pokok Pinang dan jambatan merupakan simbol untuk negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan iaitu pokok Melaka adalah simbol untuk negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada zaman dahulu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Jata Negeri Sabah di sebelah kiri dan Jata Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya, iaitu Bunga Kebangsaan Malaysia. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai memegang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Jata Negara. Cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan Jawi di sebelah kanan juga dipaparkan di skrol yang berwarna kuning.

________________________________________________________________________

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

_______________________________________________________________________

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

__________________________________________________________________________

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

________________________________________________________________________

Bendera Negeri Johor

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Lambang Negeri Johor

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH"

ialah cogan negeri itu

____________________________________________________________________________

Bendera Negeri Kedah

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

Lambang Negeri Kedah

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

_________________________________________________________________________

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Lambang Negeri Kelantan Darul Naim

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

cogankata negeri

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"

______________________________________________________________________

Bendera Negeri Pahang

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

Lambang Negeri Pahang

Mata cogan yang berbentuk daun kopi itu keseluruhannya berwarna emas termasuk penongkok dan taran. Warna emas itu melambangkan logam emas yang merupakan hasil utama di negeri Pahang pada tahun 1862. Kepercayaan dahulu juga menyatakan bahawa tiada alat yang boleh menahan senjata atau mata senjata yang diperbuat daripada emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi melambangkan bahawa suatu ketika dahulu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah-lembut Merupakan simbolik kepada pemerintahan yang tidak menggunakan kekerasan.

____________________________________________________________________


Bendera Negeri Sembilan

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Lambang Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

___________________________________________________________________________

Bendera Negeri Melaka

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Lambang Negeri Melaka

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

MENGENAI NEGERI SEMBILAN

0 ulasan



SEJARAH


Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.
Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang 'weltanschuung' atau pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya.
Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa. Ini boleh dilihat dari segi politik dimana sistem Yam Tuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak.
Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan . Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.
SUKU DAN PERUT

Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat dua belas (12) suku iaitu:-

Biduanda, Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak,

Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang,

Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, Tiga Batu dan sebagainya.

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati

Orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari sudut kategori yang ke-4 (empat) di atas saja.

Pepatah " biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori seperti:-

ADAT YANG SEBENAR ADAT

Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Penghulu wajib memahami peraturan (undang-undang) ini.
Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Balairong Seri adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza.

Tak lekang dek panas,
Tak lapuk dek hujan,
Gemuk berpupuk segar bersiram,
Dianjak layu dicabut mati.

Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah :

Kalau tak patah, tiat,
Kalau tak luka, congek,
Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka,
Tujuh musim padi tak jadi.

ADAT YANG TERADAT DAN ADAT YANG DIADATKAN

Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' beerti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang.
Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala.

ADAT ISTIADAT

Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap raja dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.

Selasa, 8 Disember 2009

bank soalan

0 ulasan
http://www.bicaraguru.com/index.php?topic=482.0

http://tatabahasabm.tripod.com/latih/latih.htm

http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=SJK&m=&t=&r=&i=BS

http://www.tutor.com.my/tutor/map.asp

Sabtu, 5 Disember 2009

E-LEARNING

0 ulasan

Sabtu, 14 November 2009

MAKMAL KOMPUTER

0 ulasan


BILIK BBM

0 ulasan

Jumaat, 13 November 2009

PROGRAM RIMUP 2009

0 ulasan
Larian Gunung Tampin sempena Program RIMUP Luak Tampin 2009

5 buah sekolah telah menyertai program ini yang terdiri :

  • SK DR. SULAIMAN
  • SK TAMPIN
  • SK KERU
  • SJKT LADANG REPAH
  • SJKC KG. BARU TAMPIN








PENARAFAN SEKOLAH

0 ulasan
Lawatan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Tampin untuk Penarafan Sekolah

Guru mendengar amanat daripada pegawai-pegawai PPD Tampin

LAWATAN MENTERI KERJARAYA

0 ulasan
Lawatan YB. Dato Shaziman ( Menteri Kerjaraya ) ke tapak projek pembinaan bangunan baru SJKC Kg. Baru Tampin

SAMBUTAN BULAN BAHASA

0 ulasan
Sambutan Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Guru Besar

Sambutan Bulan Bahasa telah diadakan sepanjang bulan Oktober. Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya:
  • Pertandingan Bercerita dan Syarahan
  • Pertandingan Tulisan
  • Pertandingan Ejaan
  • Pertandingan Mengarang
Semua murid telah dilibatkan dan para pemenang diberikan hadiah dan cenderamata

Pertemuan Kembali

0 ulasan

Lawatan bekas guru En. Chan Ming Sin (Kiri Ke-4) setelah meninggalkan sekolah ini selama 48 tahun .

Kiri 2, Kanan 1&2 : Anak muridnya; Kiri 1bekas YDP PIBG



En. Chan Ming dengan muridnya (murid Tahun Enam 1961)dalam Jamuan Sambutan Hari Guru 2009.



HARI GURU 2009

0 ulasan
Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 1 Ogos 2009 bertempat di SJKC Chung Hua Tampin. Tujuan majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua guru SJKC Kg. Baru Tampin


Pada malam itu juga diadakan Majlis Makan alam sempena persaraan Pn. Fong Yen Ha ( GPK 1 ) sekolah ini.








Sebagai tanda penghargaan semua guru telah di beri cenderamata sumbangan PIBG

CORETAN GURU BESAR

0 ulasan


Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di sini.

Sebagaimana yang kita ketahui ketika ini era globalisasi telah begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan alat komunikasi dan ICT telah menguasai kehidupan kita. Justeru itu untuk sama-sama bergerak seiring dengan kepesatan dalam bidang ICT maka sama-sama kita menuju ke arah itu.

Dengan adanya Laman WebPUsat Sumber Sekolah ini maka sama-samalah kita menggunakan segala kemudahan untuk menuju ke arah pemodenan. Segala kemudahan ini adalah demi kemajuan anak-anak didik kita di masa akan datang agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Seterusnya saya berharap segala kemudahan ini dapat digunakan semaksima yang mungkin agar anak didik kita mendapat manfaatnya di masa akan datang.

Sekian Terima Kasih


SIN GEOK PHENG
GURU BESAR
SJKC KG. BARU TAMPIN

Khamis, 12 November 2009

MAJLIS PERSARAAN PN. FONG

0 ulasan


Tanggal 20 Ogos 2008 sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Fong Yen Ha.




Hadiah daripada wakil murid untuk Pn. Fong


Pn. Fong memberikan sumbangan ikhlas RM 500 kepada PIBG sekolah
kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

ANDA PENGUNJUNG KE

SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

SEMBANG-SEMBANG

Archive

 

.....PSS SJKC KG. BARU TAMPIN.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template