PUSAT SUMBER SEKOLAH

E-PENDIDIKAN

PAUTAN PILIHAN

;

MODUL PSS

MAKLUMAT TERKINI

;

Ahad, 24 Mei 2009

SEJARAH PENUBUHAN PSS


SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perpustakaan sekolah telah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950-an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perputaskaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan disamping kekurangan kakitangan terlatih.

Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:-

* Semua koleksi ditempatkan di sebuah bilik khas
* Guru Perpustakaan / Pustakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun
* Koleksi buku purata 10 judul bagi 1 pelajar
* 2 hingga 3 naskah akhbar

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran (Pendidikaan) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan 13 orang guru. Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ("Sol Library Manual") yang disediakan Margerat Walker.

Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu lagi program perintis bagi Sains Amcho (General Science) yang diterbitkan dibawah Kementerian Penerangan bersama Biologi (Kajihayat). Pada tahun 1967 Perpustakaan Sekolah diletakan dibawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan. seterusnya pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan ganbaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri talah dipilih iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, dan Terengganu Negeri yang tidak mempunyai PSPN , Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama.

Seterusnya, Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan negeri pada tahun 1977.

0 ulasan:

Catat Ulasan

kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

ANDA PENGUNJUNG KE

SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

SEMBANG-SEMBANG

Archive

 

.....PSS SJKC KG. BARU TAMPIN.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template