PUSAT SUMBER SEKOLAH

E-PENDIDIKAN

PAUTAN PILIHAN

;

MODUL PSS

MAKLUMAT TERKINI

;

Ahad, 24 Mei 2009

Definisi Pusat Sumber Sekolah



Definisi Pusat Sumber Sekolah

Yusuf Hashim

Ke Arah Mengintergrasikan Perpustakaan Sekolah ke PSS

PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

RPA Adwards

Resources In Schools

Menyimpan dan memberi perkhidmatan mengenai berbagai sumber pengajaran pemelajaran. Menyimpan rekod-rekod bahan. Memberi perkhidmatan maklumat mengenai bahan dan organisasi. Mempunyai ruang-ruang kegiatan. Terletak berhampiran dengan semua tempat belajar yang lain.

Daud Hj. Mohd.Noor

Mengenai dan Memahami PSS Anda

PSS merupakan satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak/pengguna mencapai matlamat pengajiannya. Ia lebih merupakan punca segala aktiviti ke arah tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.

Dr.Wan Zahid Nordin-

PSS Satu Tinjauan Konsep

PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.

Kasim Abbas

Pusat Sumber Sekolah – Struktur dan Organisasi.

PSS ialah pusat yang mengumpul, menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik/bangunan yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terlatih untuk membina berbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


Secara keseluruhannya dapat disimpulkan...

PSS adalah koleksi bahan-bahan pengajaran-pembelajaran yang tersusun dengan sistematik baik bahan buku mahupun bukan buku iaitu bahan yang memberi maklumat , program dan khidmat yang tepat dan segera kepada murid-murid dan guru-guru sekolah agar dapat khidmat yang tepat dan segera kepada murid-murid dan guru-guru sekolah agar dapat mengukuhkan kaedah-kaeadah yang digunakan dan kesempatan-kesempatan yang disediakan bagi penguasaan kemahiran asas. PSS dapat membantu memperbaiki kualiti pendidikan yang disediakan bagi penguasaan kemahiran asas. PSS dapat membantu memperbaiki kualiti pendidikan yang disediakan agar dapat memberi asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan yang akan menganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian dariapada kemahiran hidupnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

ANDA PENGUNJUNG KE

SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

SEMBANG-SEMBANG

Archive

 

.....PSS SJKC KG. BARU TAMPIN.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template