PUSAT SUMBER SEKOLAH

E-PENDIDIKAN

PAUTAN PILIHAN

;

MODUL PSS

MAKLUMAT TERKINI

;

Selasa, 26 Mei 2009

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER

0 ulasan






























































































































































Pengerusi:En Sin Geok Pheng




N.Pengerusi:Pn. Fong Yen Ha




GPM :En. Muhazir Mohamad




S/U :Cik Chong Xue Xin














En Phang Fuck Kooi
Pn Chua Sok Kim
Cik Lim Shong Chit
Cik Leong Meiy Juh
Pn Wong Lan King
Pn Yong Chwee Ha
Pn Lim Yet Loo
Cik Lim Kee Seen
En Chew Too Kuang
Cik Gan Piak Sian
Pn Koh Swee Moi
Cik Tai Chen Yeen
Cik Chong Xue Xin
Pn Ngim Chu Chee
Pn Aw Yoke Keak
Cik Too Siew Ping
En Tee Kok Siang
Pn. Cha Suet Ling

























En Phang Fuck Foo
Cik Yew Huey Ween


Cik Wong Lee Hong













BIDANG TUGAS AJK PSS

0 ulasan
SENARAI TUGAS TENAGA PENGGERAK PUSAT SUMBER
1. Encik Muhazir Bin Mohamad - Penyelaras Pusat Sumber
- Menyelaras semua program yang dirancang.
- Membentuk Lembaga Pusat Sumber Sekolah dan mengadakan mesyuarat.
- Menyediakan jadual Kerja bagi pengawas Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber Sekolah.
- Menceriakan Pusat Sumber
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
- Menguruskan pembelian bahan.
- Memberi khidmat Nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Membantu melaksanakan program perkembangan Staf.
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam.

2. Pn. Cha Suet Ling - Unit Perpustakaan
- Melatih Pengawas Pusat Sumber.
- Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
- Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
- Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
- Merawat buku.
- Menguruskan hapus kira buku.
- Membuat laporan tahunan untuk rekod.

3. Pn. Aw Yoke Keak - Unit Nilam
- Menggredkan buku
- Mengagih buku secara pinjaman kelompok
- Merancang dan melaksana aktiviti NILAM
- Memilih, menyedia dan mengedar rekod pembacaan
- Mendapat data daripada kelas untuk analisis
- Mengesah dan menandatangani rekod pembacaan pelajar
- Mengadakan/Mengwujudkan Pameran Buku-buku Terbaru untuk murid-murid.
- Memastikan Pemenang dalam Pertandingan Program NILAM.

4. Cik Tai Chen Yeen - Unit Alat Pandang Dengar
- Memastikan alat-alat APD yang berkuasa elektrik sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
- Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan APD.
- Mengurus pengunaan APD.

5. Encik Chew Too Kuang - Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Memastikan alat-alat ICT termasuk perisian sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
- Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan peralatan ICT.
- Mengurus pengunaan peralatan ICT.

6. Pn. Koh Swee Mei - Unit Bahan Bantu Mengajar
- Memastikan alat-alat BBM dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
- Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Menyediakan senarai Bahan Bantu Mengajar untuk dibeli mengikut keutamaan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan bahan.
- Mengurus pengunaan BBM.

FUNGSI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER

0 ulasan
FUNGSI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER

Merancang dan melaksanakan program peningkatan akademik.
Mengelas, Mengkatalog dan mengurus bahan bantu mengajar.
Menyedia bahan dan sumber pendidikan.
Menjalankan aktiviti Kemajuan Staf berkaitan Pusat Sumber Sekolah.
Menilai keberkesanan Pusat Sumber Sekolah.
Menyediakan perancangan jangka panjang dan pendek.
Memperbanyakan koleksi Pusat Sumber Sekolah.
Mempertingkat Penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
Memastikan Kelengkapan Pusat Sumber Sekolah.
Memastikan Keselesaan Pusat Sumber Sekolah.
Memastikan pengurusan Pusat Sumber Sekolah berjalan lancar.
Mengagihkan tugas.
Merancang Kursus San Bengkel dalam dan luar untuk guru dan murid.
Penyebaran maklumat.
Mengemaskini buku stok.
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
Memastikan peraturan Pusat Sumber Sekolah dipatuhi.
Merancanga aktiviti dan melaksanakannya.
Menilai perjalanan Pusat Sumber Sekolah dan memnbuat tindakan susulan.

Falsafah PSS

0 ulasan
PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus-lumus pengajaran”.
Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:
• PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga murid.
• Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong pencapaian matlamat kurikulum.
• Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis.
• Untuk menjadikannya satu tumpuan aktiviti, yakni sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran, “Semangat PSS” perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.

LOGO NILAM

0 ulasan

Ahad, 24 Mei 2009

KOLEKSI GAMBAR

0 ulasan

Piagam PSS

0 ulasan
Piagam PSS
Menyediakan suasana persekitaran yang sihat dan ceria supaya dapat menarik minat guru dan murid. Menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan bagi meninggkatkan penggunaan secara individu atau kumpulan dengan bantuan Pengawa Perpustakaan yang terlatih. Menyediakan pelbagai bahan yang terkini yang diuruskan dengan sistematik bagi membantu prestasi pencapaian akademik sekolah. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selaras dengan keperluan kurikulum bagi memenuhi hasrat dan harapan Kementerian Pendidikan.

Definisi Pusat Sumber Sekolah

0 ulasan

Definisi Pusat Sumber Sekolah

Yusuf Hashim

Ke Arah Mengintergrasikan Perpustakaan Sekolah ke PSS

PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

RPA Adwards

Resources In Schools

Menyimpan dan memberi perkhidmatan mengenai berbagai sumber pengajaran pemelajaran. Menyimpan rekod-rekod bahan. Memberi perkhidmatan maklumat mengenai bahan dan organisasi. Mempunyai ruang-ruang kegiatan. Terletak berhampiran dengan semua tempat belajar yang lain.

Daud Hj. Mohd.Noor

Mengenai dan Memahami PSS Anda

PSS merupakan satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak/pengguna mencapai matlamat pengajiannya. Ia lebih merupakan punca segala aktiviti ke arah tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.

Dr.Wan Zahid Nordin-

PSS Satu Tinjauan Konsep

PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.

Kasim Abbas

Pusat Sumber Sekolah – Struktur dan Organisasi.

PSS ialah pusat yang mengumpul, menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik/bangunan yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terlatih untuk membina berbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


Secara keseluruhannya dapat disimpulkan...

PSS adalah koleksi bahan-bahan pengajaran-pembelajaran yang tersusun dengan sistematik baik bahan buku mahupun bukan buku iaitu bahan yang memberi maklumat , program dan khidmat yang tepat dan segera kepada murid-murid dan guru-guru sekolah agar dapat khidmat yang tepat dan segera kepada murid-murid dan guru-guru sekolah agar dapat mengukuhkan kaedah-kaeadah yang digunakan dan kesempatan-kesempatan yang disediakan bagi penguasaan kemahiran asas. PSS dapat membantu memperbaiki kualiti pendidikan yang disediakan bagi penguasaan kemahiran asas. PSS dapat membantu memperbaiki kualiti pendidikan yang disediakan agar dapat memberi asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan yang akan menganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian dariapada kemahiran hidupnya.

SEJARAH PENUBUHAN PSS

0 ulasan
SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perpustakaan sekolah telah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950-an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perputaskaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan disamping kekurangan kakitangan terlatih.

Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:-

* Semua koleksi ditempatkan di sebuah bilik khas
* Guru Perpustakaan / Pustakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun
* Koleksi buku purata 10 judul bagi 1 pelajar
* 2 hingga 3 naskah akhbar

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran (Pendidikaan) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan 13 orang guru. Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ("Sol Library Manual") yang disediakan Margerat Walker.

Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu lagi program perintis bagi Sains Amcho (General Science) yang diterbitkan dibawah Kementerian Penerangan bersama Biologi (Kajihayat). Pada tahun 1967 Perpustakaan Sekolah diletakan dibawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan. seterusnya pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan ganbaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri talah dipilih iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, dan Terengganu Negeri yang tidak mempunyai PSPN , Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama.

Seterusnya, Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan negeri pada tahun 1977.

PENGENALAN PSS

0 ulasan
Pengenalan
Pusat Sumber sekolah ini terdiri dari 4 bilik khas iaitu :

a. Bilik Perpustakaan
b. Bilik Bahan Bantu Mengajar
c. Bilik ‘ SAL ‘
d. Bilik Komputer ( Audio Visual / Bilik Tayang )


A. Bilik Perpustakaan

1. Bilik ini memberikan perkhidmatan pinjaman buku-buku kepada
guru-guru dan murid.

2. Buku-buku di bilik ini disusun mengikut Sistem Pengkelasan
Dewey.

3. Di bilik ini juga terdapat sudut Pembelajaran Kendiri.

4. Perkhidmatan rujukan untuk guru-guru dan murid

5. Papan maklumat disediakan untuk penyebaran maklumat terkini teknologi pendidikan , berita pendidikan semasa untuk semua guru dan murid.

6. Sudut bercerita , Sudut Nilam dan Sudut ETeMS.

7. Kemudahan tempat untuk mengadakan mesyuarat.

8. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai perabot seperti meja, rak buku , rak majalah, rak akhbar, kerusi, rak kad katalog dan lain-lain.

B.Bilik bahan Bantu mengajar

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik kerja / baik pulih bahan p & p.

2. Memberikan perkhidmatan sumber bahan bantu mengajar kepada guru-guru.

3. Bahan dan alatan yang disimpan di bilik ini terdiri dari :

3.1 Carta mata pelajaran Bahasa Melayu , B.Inggeris, Matematik , Pendidikan Islam , Sains dan Kajian Tempatan.
3.2 Kit
- Kit permainan dalaman ( Indoor Games )
- Kit Pendidikan
3.3 Kad bacaan
- B. Melayu , B. Inggeris , P. Islam
3.4 Bahan pengajaran Matematik
3.5 Peta
3.6 Alatan teknikal / Elektronik
3.7 Glob
3.8 Alatan Sains
3.9 Bahan Seni


C. Bilik ‘ SAL ‘

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik bahasa untuk pelajaran B.Inggeris.

2. Bilik ini digunakan sebagai bilik mengajar bahasa Inggeris dalam suasana / ‘ senario ‘ Bahasa Inggeris.

3. Bahan atau alatan yang disimpan didalam bilik ini :

- carta-carta Bahasa Inggeris
- buku – buku cerita
- buku rujukan
- kit permainan
- kad-kad bacaan




D. Bilik Komputer ( Bilik Tayang / Audio Visual )

1. Bilik ini digunakan untuk membuat sesuatu tayangan Samada tayangan filem , video / Astro.

2. Bilik ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bilik mengajar yang memerlukan bahan tayangan dalam usaha mempelbagaikan teknik penyampaian pengajaran.

3. Bahan yang boleh didapati di bilik ini ialah :

- VCR ( Video Cassette Recorder )
- VCD
- Peti Televisyen
- Astro
- Skrin
- OHP

4. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi dan meja untuk pembelajaran .

MATLAMAT PSS

0 ulasan
MATLAMAT PSS

-Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.

-Membentuk profesion guru yang berilmu , dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsiah guru sendiri dan pembangunan nusa , bangsa dan agama

-Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.

-Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

OBJEKTIF PSS

0 ulasan
OBJEKTIF PSS

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan p&p supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada buku teks dan kaedah ‘chalk dan talk’.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri , suka membaca dan sikap ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan bahan di PSS.

4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan p&p.

5. Mengadakan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih murid menggunakan alat ‘hardware’, Perkhidmatan mengesan maklumat dan rujukan.

Jumaat, 22 Mei 2009

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM

0 ulasan















































































































Guru Besar:En Sin Geok Pheng
GPK 1:Pn. Fong Yen Har
GPK 2:Pn. Chen Siew Yen
GPK 3:Pn. Pang Moi
En Phang Fuck Kooi
Pn Chua Sok Kim
Cik Lim Shong Chit
Cik Leong Meiy Juh
Pn Wong Lan King
Pn Yong Chwee Ha
Pn Lim Yet Loo
Cik Lim Kee Seen
En Chew Too Kuang
Cik Gan Piak Sian
Pn Koh Swee Moi
Cik Tai Chen Yeen
Cik Chong Xue Xin
Pn Ngim Chu Chee
Pn Aw Yoke Keak
Cik Too Siew Ping
En Tee Kok Siang
Ustazah Rokiah
En Phang Fuck Foo
Pn Cha Suet Ling
En Muhazir Mohamad
Cik Wong Lee Hong
En Cheah
Cik Yew Huey Ween

kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

ANDA PENGUNJUNG KE

SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

SEMBANG-SEMBANG

Archive

 

.....PSS SJKC KG. BARU TAMPIN.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template